-->
Showing posts with label ::MY RESEPI::. Show all posts
Showing posts with label ::MY RESEPI::. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Time Apam Mengapam


Sejak dua menjak ni Cik Yana duk godek² cik google..sebab pa tauuu..sebabnya mencari resepi apam polka dot dot..lama dah duk nak buat tapi masa tak mengizinkan jadi ari ni rasa bosan n kesunyian ati sangat jadi dengan bahan yang dah da Cik Yana gagahkan diri dari terus baring atas katil yang xda faedah sangat..untuk membesaq lagi da la kalu terus membelenggu diri dengan duk dalam bilik dan menyepikan diri..

Dengan semangat yang berkobar² terus ke dapur untuk meneruskan misi mengapam..bukan senang nak wat apam tu..nak kena da kesabaran yang tinggi gak la..nak kena dot² lagi..buat lak sorang² lagi la rasa lama..pa pun misi ini berjaya dengan jayanya walaupun 1st time buat..rasa sronok sangat..insyaallah kemudian ari nak wat lagi..myb deko cik ladybird dan cik bee...insyaallah!!!!!!






BAIBAIIIIIIII UOLSSSS!!!


Tuesday, July 17, 2012

PERCUBAAN KALI KE-2


puding pelangi untuk dibawa pulang ke kampung :))



 kek kukus pelangi untuk dibawa ke opis :))



Insyaallah next time nak try buat KEK PUDING KARAMEL PELANGI... "PELANGI" lagi....pa pun pelangi kan chantek..colourful lg..hidup nak kena colourful baru ceria sokmo....

Tuesday, July 03, 2012

Owwhhh Puding Roti Pelangi



Kerajinan yang telebih ckit jadi malam tadi terasa sangat nak buat puding roti pelangi...dah banyak ari duk selongkar CIK GOOGLE terjah resepi2 yang menarik tertarik dan sedap..Akhirnyaaaaa puding ni siap dengan jayanya...sukernyerrrr (suke sampai terguling guling)...ok jom kite tengok..tengok je la nak bagi rasa pun tak leh sebab dah abis..kawan-kawan blogger boleh try buat...mesti sedap dan enak sekali..

BAHAN-BAHAN:

30 gram agar-agar
5 gelas besar air (Cik yana agak2 je)
Gula (ikut suke nak manis tara mana)
1 bungkus roti gardenia *
1 tin susu cair *
2 sudu besar susu pekat *
1 cawan air *
2 biji telur *
pewarna hijau
pewarna merah
pewarna coklat emulco

Panaskan air di dalam periuk dan masukkan agar².Bila agar² sudah hancur masukkan gula. Sementara mendidih, blender kan bahan² yang bertanda *.Bila air dalam periuk sudah mendidih masukkan bahan yang sudah di blender tadi.Kacau sampai sebati dan bile mendidih tutupkan api.

Agar² tadi di bahagi sama banyak dalam 3 bekas.Masukkan pewarna (ikut warna kesukaan anda) dan kacau sebati.Selepas tu, terus dimasukkan ke dalam bekas kesukaan anda secara berselang seli..ulang perkara yang sama sehingga bekas anda sudah nampak penuh (proses ni kena cepat sebab puding cepat beku)..Boleh masukkan dalam peti ais untuk rasa kesejukan puding tu....:)



OKKEY BAIBAIIIIII :D

Sunday, June 24, 2012

Alkisah Baked Pasta


Alkisahnya dah seminggu beli bahan² utk buat BAKED PASTA..dua tiga kali fikir gak la takot nanti buat tak jadi lak..tapi kalau tak cuba buat sampai bile nak pandai masak..pa pun Cik Yana terjah gak ngan semangat yang berkoba koba...pa nak jadi kite tengok nanti...Emmmm ongkos beli bahan² ni leh tahan gak la...ngan cheese parut harga mencecah RM20..ngan menggunakan kreativiti just guna cheesedale jer hehehe..dalam memasak ni nak kena kreatif gak kan..kalu tak masakan tak berapa nak menjadi...petang tadi keluar p pasaraya just beli daging kisar dan fresh milk...dekat maghrib baru balik..dan keluar cam tu la tak ingat umah dah..emmm jadi citenya terpaksa buat lewat ckit dari plan asal :( apa pun kite terjah sepanjang pembikinan masakan BAKED PASTA CIK YANA .....Aaaauuummmm aauuummmm CHEKIDAUTTttttt !!!!!!!!





Bahan²

  • 3 cawan macaroni + 2 cawan pasta spirals
  • 300 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti (cik yana guna sos spagetti)
  • 1 tin mushroom
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut (mozzarella cheese) dan oregano
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan minced beef/chicken dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti dan mushroom.Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata.
  5. Sementara itu, untuk sos putih :                                                                                                   Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.Setelah itu satukan sos putih dengan pasta tadi.
  6. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan sedikit mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan tuangkan telur yang sudah dipukul di atas pasta. Seterusnya taburkan dengan keju parut dan oregano. Jika suka boleh juga taburkan daun sup...
  7. Bakar selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C :D
Sebenar benarnya Cik Yana buat 2 kali Baked Pasta ni..malam tadi dan pagi ni..bawak p opis untuk kawan² makan..Saiper buat 2 kali?????SEBABNYAAAAAA malam tadi kureng menjadi disebabkan bile potong pasta tu tak mau melekat elok...nak jadi tebelurai huuuwaaaaa...mujur la rasa pasta tu dah cukup lengkap.kecewa bile tengok kecacatan tu terus buat keputusan pagi ni bangkit buat 2nd percubaan..Bile tanya member upernya kena masukkan telur..bukan tak mau masukkan telur cuma risau berbau hanyir ke.. Apa pun 2nd percubaan Cik Yana dah ubah pa yang patut...Alhamdulillah akhirnya menjadi (bangga sat).. Insyaallah 3rd time coming soon ===============>>> ^_________^


Saturday, June 16, 2012

SSSSrrrrruuuupppppppp SUP TULANG ^____^

 
Hari ni tatau nak makan pa...pikiq punya pikiq last² terasa nak try buat sup tulang lembu..teringat balik bercuti ari tu my mom buat sup tulang...tak nah buat lagi jadi ari ni Cik Yana nak try buat..camni la anak dara tak pandai masak kan..tersipu sipu tegedek gedek..besiap n terus p pasar ngan my hero..beli tulang lembu setengah kilo, ayam sebelah dan sutun sekoq 2..beli banyak cam nak makan 5 orang pada hal Cik Yana sorang² je Hehehe...ok la malas dah nak cite panjang..mood kureng ckit ari ni tapi tetap cool...ok terjah picture kat bawah ni :)

1.....2......3......


CAKKKKK ARRRRRRRR!!!!!































SUP TULANG CIK YANA

bahan-bahan
tulang lembu (ikut suke bape kilo pun)
kulit kayu manis
bunga lawang
pelaga
bawang besar
bawang putih
halia
perencah sup adabi
daun sup
limau nipis
cabai


SELAMAT MENJAMU SELERA!!!

Tuesday, May 01, 2012

Mee kari made me :))






sebenarnya dah lama teringin nk try wat mee kari...dengan smngat da terus bgkit awai sbb nak p pasar beli pa y patut..klu x msti bgkit lewat ckit Heeeee:)....balik dr pasar pinjam cik google sat tgk cara2 nak wat mee kari...terus menjalankan xtvt di dapur dgn penuh ketekunan... langsung xbg cik housemate tulun coz takot xjd..ai ni xleh kalu org tgk ai wat keje..jd cam terus xtau pa....pelik kan hehehe....ok dalam stngah jam cam tu la dah siap ngan jayanya...tapi kerasaan nya xtentu lagi ngan jayanya or x....
YESSSSSSSSS!!!!!!!
akhirnyaaaaaaaa
cik housemate ku y sayam tu kata "wahhhh sedapnya awak"
pa lagi tersenyum lebar selebarnya :)))))))))))
lepas tu dpt lak mesej dari kwn katanya sedap sgt n nak tempah nt
wahhhhh xsanggup la nak bik tempahan
kekadang tu kekangan masa yunk
malas la nk taip resepinya
rasanya semua org dah tau buat just ai je kan baru nk blajaq
okkey see uols again....^^










Saturday, December 31, 2011

Masak² bile kerajinan melanda diriku



WAH WAH WAH !!!!
ari ni ai rajin cikit
lama dah x main masak²
kebetulan ari minggu
cakap kat gepren ai nak masak ari ni :)
kami p pasar beli pa y patut
sebenarnya ai ni bkn pandy masak pun
takat main campak² je dlm periuk kuali
BOLEH LAAA !!!
masa duk ngan family dulu
my mum x harapkan ai masak
just kerat² potong² sayur je
tu la kan bile dah besar panjang cam ni
mula la ai kelam kelibut tercari² resepi
kadang² nak masak enset kat telinga
tepon my mum
hukhukhuk
okok tengok la ai masak pa
:D

time atas dapur

ta daaaaaaaaaaa !!!!
first time cooking "gulai ikan tenggiri"..first ai takut xjadi second ai teruja sbb sedap ahahaha PUJIAN sendiri plak..bg ai rasa okkey tapi bg mak mertua xtau la ahahahaha (sejak bile cik yana da mak mertua ni)

sesi memerap perencah

siap digoreng

masakan kedua "ikan cencaru sumbat".second time ai buat ni..first dulu ntah taun bile xingat tapi x menjadi sebab x da rasa pa pun.bak kata ore kelate "TAWA HEBER" Ahahahaha :))
kali ni kedua² masakan okok ..cukup rempah ratus serbuk perasa..my pren said "u dah leh kawin nie" okkey nanak tawen (ERRR GEDIKS) mana nak tau jodoh taun 2012 kan HOHOHOHOHOHO ^^

Resepi Ikan Cencaru Sumbat

ikan cencaru (belah cikit kat atas badan ikan)
bawang merah
bawang putih
serai
kunyit
belacan
garam gula
asam jawa
kicap

Cara² : bawang merah, putih, serai, belacan, garam & gula ditumbuk lumat.lepas tu masukkan serbuk kunyit, asam jawa & kicap.kacau bagi sebati.lepas tu sumbatkan dalam badan ikan dan lumurkan cam bedak kat badannya smpai rata :)....ok perapkan selama mana anda suka jangan la berjam jam yer...siap sedia untuk digoreng &
selamat mencuba !!!



Tuesday, August 16, 2011

Resepi : Daging Singgang

Bahan-bahan :
Daging
Halia (mayang)
Bawang besar (mayang)
Lengkuas (ketuk)
Budu (1 sudu)
Garam
Ajinamoto
Asam keping

Cara-caranya :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan jangan lupa masukkan air secukupnya.Bila daging sudah empuk matikan api gas dan boleh dimakan.Sesuai juga untuk masakan tulang.cuma tulang tu perlu direbus dahulu sehingga empuk.Senang je kan.......

~ SELAMAT MENCUBA ~

Sunday, August 14, 2011

Resepi : Ayam Percik

TAAAAAAA DAAAAAAAAA!!!!!! 
Resepi ni dicopy dari my mum.ni la hasilnya.Menu ni buat ary jumaat 12/8/11.start buat persediaan dari jam 1.00 petang.mak oiii awainya...yer la risau tak menjadi.akhirnya rasa puas aty sangat sebab komen dari si pemakan memuaskan aty ku...Ngehehehehe

Bahan-bahan :

Ayam
Santan
Bawang besar @ merah
Bawang putih
Halia
Cabai kering
Asam jawa
Garam
Gula
Cara-caranya :
1.Perapkan ayam dengan halia dan bawang putih selama setengah jam.
2.Lepas itu, rebus ayam bersama santan cair. Bila nampak separuh masak boleh tutupkan api
3.Untuk kuahnya : bawang besar @ merah dan cabai kering diblander. Lepas itu masukkan ke dalam periuk bersama santan, garam, gula dan asam jawa. Kacau di atas api yang kecil.Bila nampak pekat boleh la ditutup api dapur
4.Ayam yang siap direbus dibakar. Bila dah nampak nak masak ambik sedikit kuah percik untuk disiram pada ayam tersebut dan bakar sekali lagi. Lepas itu boleh la diangkat & menjamu selera.

SELAMAT MENCUBA !!!

Wednesday, June 08, 2011

Afternoon Menu

kangkung goreng
masak lemak ketam
sotong goreng kunyit
hati ayam berkicap


ikan sambal



Monday, May 23, 2011

Laksam

Cer cite Cer cite...haaa ni nak cite..kemarin bik coti jadi sesi petang around 2pm tetiba rasa nk buat laksam versi klantan..versi laen tak pandy.dah asal klantan kan jadi kena buat versi tu la...walaupun skarang duk menumpang negeri orang..bak kata pepatah hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri lebih baik dinegeri sendiri daripada negeri orang..pepatah yang sangat popular bagi orang Melayu kita kan...

Laksam+Kuah+Ulam+Sambal