-->
Showing posts with label ::TIP-TIPS::. Show all posts
Showing posts with label ::TIP-TIPS::. Show all posts

Monday, June 06, 2011

Bajet Kewangan

BAGAIMANA MEMULAKAN BAJET BERSAMA PASANGAN
Sebelum anda berbincang mengenai bajet,anda perlu terlebih dahulu memahami corak perbelanjaan pasangan anda.Berikut disenaraikan enam soalan yang anda perlu tanyakan kepada pasangan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan corak perbelanjaannya :

1.CORAK KEWANGAN PERIBADI
Berapa banyak tunai yang dibawa setiap hari
Kad jenis apakah yang dipakai?Kredit?Debit?ATM?
Apakah jenis akaun bank yang dibuka?Simpanan?Tetap?
Bincangkan juga falsafah kewangan secara umum

2.KEBIASAAN BERBELANJA
Bagaimana biasanya pasangan anda berbelanja?

3.LOGISTIK PENGURUSAN KEWANGAN
Adakah pasangan anda mempunyai bajet peribadi?
Menyimpan resit?Berkebolehan mengira cukai sendiri?
Mempunyai system Fail?

4.SEJARAH HUTANG
Pernahkah pasangan anda meminjam wang? Dari siapa/mana? Untuk apa?
Adakah beliau mempunyai masalah menyelesaikan hutang?

5.PELABURAN
Apakah jenis saham,pelan persaraan dan lain-lain bentuk pelaburan yang dimiliki pasangan anda?Bagaimana beliau membuat pilihan dan siapakah yang dinamakan sebagai pewaris?

6.INSURANS
Adakah pasangan anda mempunyai insurans nyawa? Kesihatan? Kenderaan? Rumah?
Apakah yang termaktub di dalam?
Siapakah yang dinamakan sebagai pewaris?


Thursday, June 02, 2011

Tips Memikat Wanita OOOooo...

Tidak semua lelaki mempunyai kemahiran untuk memulakan sebuah bicara.Bagi si bujang yang berhadapan dengan hal ini seharusnya memperbaiki kemahiran ini.Oleh itu anda perlu tahu apa yang perlu diungkapkan ketika berhadapan dengan situasi ini.Ikuti panduan ini :

PIKAT WANITA DENGAN KATA-KATA

1. PUJI DENGAN KATA-KATA MANIS
Apabila anda meminati seorang wanita,ungkapkanlah kata-kata manis di awal perkenalan.Beritahu dirinya bahawa anda sudah lama memerhatikan dirinya,menyukainya dan menyenangi akan sikap sikapnya
2. JANGAN SESEKALI MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT
Sesetengan orang suka bergurau dan ada kalanya perkataannya agak kasar didengari.Sekali pun bergurau,jangan anda memperlekehkan dirinya.Ini merupakan kesalahan yang agak besar dan kalau anda tersalah langkah,anda akan rugi kerana si dia sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan perhubungan.Tidak ada orang yang suka kepada perbuatan yang menyakitkan hati.Sebaliknya pujilah dia dan percayalah hubungan anda akan lebih bertambah mesra 
3. JANGAN BERSIKAP KASAR
Memarahi,memperlekeh,memperbodohkan orang dan sebagainya adalah satu sikap biadab dan paling tidak digemari oleh wanita.Kadangkala kita sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata begitu ketika bergurau dengan kawan-kawan lelaki tetapi ingatlah,jiwa wanita tidak sama dengan lelaki.
4. JANGAN TUNJUKKAN MEMEK MUKA
Memek muka ketika berbicara juga adalah satu aspek penting dalam sebuah perhubungan.Kalau si dia berbicara dengan anda,jangan sesekali membuat memek muka seolah-olah anda tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.Sebaliknya kalau anda tidak bersetuju dengan pendapatnya,berilah komen-komen yang agak positif



 

Wednesday, May 25, 2011

Tips Hilangkan Perasaan Marah

PERNAHKAH anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.

Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.


Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:
1.Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.

2.Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.

3.Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.

4.Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1.Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2.Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

3.Minum air.

4.Mendiamkan diri ketika marah.

5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7.Berfikiran positif.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Source: Utusan Online

Thursday, May 05, 2011

~ 5 Tips Kurus ~

1 Senaman ~ paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan
2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet

3 Kurangkan Makan ~ Kawal anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~ Satu lagi yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……