Tidak semua lelaki mempunyai kemahiran untuk memulakan sebuah bicara.Bagi si bujang yang berhadapan dengan hal ini seharusnya memperbaiki kemahiran ini.Oleh itu anda perlu tahu apa yang perlu diungkapkan ketika berhadapan dengan situasi ini.Ikuti panduan ini :
PIKAT WANITA DENGAN KATA-KATA
1. PUJI DENGAN KATA-KATA MANIS
Apabila anda meminati seorang wanita,ungkapkanlah kata-kata manis di awal perkenalan.Beritahu dirinya bahawa anda sudah lama memerhatikan dirinya,menyukainya dan menyenangi akan sikap sikapnya
2. JANGAN SESEKALI MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT
Sesetengan orang suka bergurau dan ada kalanya perkataannya agak kasar didengari.Sekali pun bergurau,jangan anda memperlekehkan dirinya.Ini merupakan kesalahan yang agak besar dan kalau anda tersalah langkah,anda akan rugi kerana si dia sudah tidak berminat lagi untuk meneruskan perhubungan.Tidak ada orang yang suka kepada perbuatan yang menyakitkan hati.Sebaliknya pujilah dia dan percayalah hubungan anda akan lebih bertambah mesra
3. JANGAN BERSIKAP KASAR
Memarahi,memperlekeh,memperbodohkan orang dan sebagainya adalah satu sikap biadab dan paling tidak digemari oleh wanita.Kadangkala kita sudah terbiasa mengeluarkan kata-kata begitu ketika bergurau dengan kawan-kawan lelaki tetapi ingatlah,jiwa wanita tidak sama dengan lelaki.
4. JANGAN TUNJUKKAN MEMEK MUKA
Memek muka ketika berbicara juga adalah satu aspek penting dalam sebuah perhubungan.Kalau si dia berbicara dengan anda,jangan sesekali membuat memek muka seolah-olah anda tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.Sebaliknya kalau anda tidak bersetuju dengan pendapatnya,berilah komen-komen yang agak positif
No comments:
Post a Comment