-->

Monday, September 10, 2012

Teman Pengganti Black & Malique




* lagu yang penuh makna
* liriknya leh wat aku tangkap leleh ayaq mata


Sunday, August 05, 2012

Celoteh celatah :)

Alhamdulillah syukur sbb class dalam bulan Ramadan ni dah selesai..jumpa lak ngan kawan² pada pertemuan ke-3 bulan September nanti...banyak assignment yang tengah menunggu Cik Yana settlekan...tapi pa pun nak RAYA dulu la..semangat nak raya tengah berkobar² ni...tak sabar nak balik kelantan beraya bersama family tersayang :))


EMMMmmm semangat RAYA dah da tapi BAJU RAYA tak da lagi ni..ntah nak pilih tema colour pa pun tak tau...colourful cam puding pelangi chomey gak kan..kot susah nak cari je kalu p beli last minutes..cam taun lepas pun beli yang readymade je..lagi satu saiz pun tinggai yang kecik² je..mana nak muat ngan badan ni HAHAHA..


kat opis tiap² ari dengar lagu raya..siap download lagi..tuhhhhhh semangat RAYA punya pasai..kalau suh wat assignment tak da la semangat tara tu kih3...duk kire² ngan jari ni dekat 2 minggu lagi nak RAYA..owhhh cepat je masa berlalu kan..raya taun ni still tak da perubahan yang drastik pada diri ni sbb still beraya tanpa da KELUARGA SENDIRI hahahahaha!!!!

owhhhhh dah nak dekat 4.30 laaaaa...ok la setakat ni dulu citenya..nak kemas² pa yang patut..ari ni berbuka puasa kat luar sbb nak ke airport bawak flight ke KEYL...:))))))))))))))



meleleh ayaq liuq tgk kuih ni "KUEH TEPUNG PELITA"..sedapnyerrrrr...kat kedah payah nak jmp y sedap..ari tu beli xsedap pun..kat kelantan memang sedap sangat²...nyammmmm :D :D :D



Saturday, July 21, 2012

Time Apam Mengapam


Sejak dua menjak ni Cik Yana duk godek² cik google..sebab pa tauuu..sebabnya mencari resepi apam polka dot dot..lama dah duk nak buat tapi masa tak mengizinkan jadi ari ni rasa bosan n kesunyian ati sangat jadi dengan bahan yang dah da Cik Yana gagahkan diri dari terus baring atas katil yang xda faedah sangat..untuk membesaq lagi da la kalu terus membelenggu diri dengan duk dalam bilik dan menyepikan diri..

Dengan semangat yang berkobar² terus ke dapur untuk meneruskan misi mengapam..bukan senang nak wat apam tu..nak kena da kesabaran yang tinggi gak la..nak kena dot² lagi..buat lak sorang² lagi la rasa lama..pa pun misi ini berjaya dengan jayanya walaupun 1st time buat..rasa sronok sangat..insyaallah kemudian ari nak wat lagi..myb deko cik ladybird dan cik bee...insyaallah!!!!!!






BAIBAIIIIIIII UOLSSSS!!!


Tuesday, July 17, 2012

PERCUBAAN KALI KE-2


puding pelangi untuk dibawa pulang ke kampung :))



 kek kukus pelangi untuk dibawa ke opis :))



Insyaallah next time nak try buat KEK PUDING KARAMEL PELANGI... "PELANGI" lagi....pa pun pelangi kan chantek..colourful lg..hidup nak kena colourful baru ceria sokmo....

Wednesday, July 11, 2012

@@ Butterfly terbanglah tinggi @@








Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Tuesday, July 03, 2012

Owwhhh Puding Roti Pelangi



Kerajinan yang telebih ckit jadi malam tadi terasa sangat nak buat puding roti pelangi...dah banyak ari duk selongkar CIK GOOGLE terjah resepi2 yang menarik tertarik dan sedap..Akhirnyaaaaa puding ni siap dengan jayanya...sukernyerrrr (suke sampai terguling guling)...ok jom kite tengok..tengok je la nak bagi rasa pun tak leh sebab dah abis..kawan-kawan blogger boleh try buat...mesti sedap dan enak sekali..

BAHAN-BAHAN:

30 gram agar-agar
5 gelas besar air (Cik yana agak2 je)
Gula (ikut suke nak manis tara mana)
1 bungkus roti gardenia *
1 tin susu cair *
2 sudu besar susu pekat *
1 cawan air *
2 biji telur *
pewarna hijau
pewarna merah
pewarna coklat emulco

Panaskan air di dalam periuk dan masukkan agar².Bila agar² sudah hancur masukkan gula. Sementara mendidih, blender kan bahan² yang bertanda *.Bila air dalam periuk sudah mendidih masukkan bahan yang sudah di blender tadi.Kacau sampai sebati dan bile mendidih tutupkan api.

Agar² tadi di bahagi sama banyak dalam 3 bekas.Masukkan pewarna (ikut warna kesukaan anda) dan kacau sebati.Selepas tu, terus dimasukkan ke dalam bekas kesukaan anda secara berselang seli..ulang perkara yang sama sehingga bekas anda sudah nampak penuh (proses ni kena cepat sebab puding cepat beku)..Boleh masukkan dalam peti ais untuk rasa kesejukan puding tu....:)



OKKEY BAIBAIIIIII :D

Sunday, June 24, 2012

Alkisah Baked Pasta


Alkisahnya dah seminggu beli bahan² utk buat BAKED PASTA..dua tiga kali fikir gak la takot nanti buat tak jadi lak..tapi kalau tak cuba buat sampai bile nak pandai masak..pa pun Cik Yana terjah gak ngan semangat yang berkoba koba...pa nak jadi kite tengok nanti...Emmmm ongkos beli bahan² ni leh tahan gak la...ngan cheese parut harga mencecah RM20..ngan menggunakan kreativiti just guna cheesedale jer hehehe..dalam memasak ni nak kena kreatif gak kan..kalu tak masakan tak berapa nak menjadi...petang tadi keluar p pasaraya just beli daging kisar dan fresh milk...dekat maghrib baru balik..dan keluar cam tu la tak ingat umah dah..emmm jadi citenya terpaksa buat lewat ckit dari plan asal :( apa pun kite terjah sepanjang pembikinan masakan BAKED PASTA CIK YANA .....Aaaauuummmm aauuummmm CHEKIDAUTTttttt !!!!!!!!





Bahan²

  • 3 cawan macaroni + 2 cawan pasta spirals
  • 300 g minced beef/chicken
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti (cik yana guna sos spagetti)
  • 1 tin mushroom
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 1 kotak kecil susu segar
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 slice cheesedale atau 30 g krim keju
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut (mozzarella cheese) dan oregano
Cara-cara :
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. 
  2. Kemudian masukkan minced beef/chicken dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti dan mushroom.Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata.
  5. Sementara itu, untuk sos putih :                                                                                                   Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.Setelah itu satukan sos putih dengan pasta tadi.
  6. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan sedikit mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan tuangkan telur yang sudah dipukul di atas pasta. Seterusnya taburkan dengan keju parut dan oregano. Jika suka boleh juga taburkan daun sup...
  7. Bakar selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C :D
Sebenar benarnya Cik Yana buat 2 kali Baked Pasta ni..malam tadi dan pagi ni..bawak p opis untuk kawan² makan..Saiper buat 2 kali?????SEBABNYAAAAAA malam tadi kureng menjadi disebabkan bile potong pasta tu tak mau melekat elok...nak jadi tebelurai huuuwaaaaa...mujur la rasa pasta tu dah cukup lengkap.kecewa bile tengok kecacatan tu terus buat keputusan pagi ni bangkit buat 2nd percubaan..Bile tanya member upernya kena masukkan telur..bukan tak mau masukkan telur cuma risau berbau hanyir ke.. Apa pun 2nd percubaan Cik Yana dah ubah pa yang patut...Alhamdulillah akhirnya menjadi (bangga sat).. Insyaallah 3rd time coming soon ===============>>> ^_________^