-->

Friday, May 20, 2011

Buah Strawberry


Tetiba rasa keinginan yang teramat nak memetik buah stroberi..bukan nak makan sangat pun tapi nak petik dengan tangan sendiri kat pokoknya...nampak gayanya kena terbang ke cameron highlands ni.taaaapii bile???? insyaallah da rezki sampai plak.dedulu p tak lak teringin nk petik sendiri kat Strawberry Farms tu...fuhhh leh makan stroberi sundae memang sodap giless. xleh nak cite kesedapannya..nak tau cecuba la rasaaa

Strawberry Sundae
KHASIAT STRAWBERRY :

Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.

Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.







Petua penyimpanan :

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.
Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.
Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.

2 comments:

  1. hehehhee. di indonesia jg banyak strawbery, tepatnya di bandung. saya tinggal di jogjakarta, dimana udaranya lumayan panas. tetapi bandel, berusaha menanam ini di halaman rumah. finger cross... ^^

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnya irma.i like..tringin nak terbang ke sana meninjau life di sana..bisa kan...:D

    ReplyDelete