-->

Monday, May 30, 2011

Sentuhan Hati di Awal Pagi

FAMILY!!!!!!yer keluarga namanya.pa guna da kuarga kalu kita tak jaga bebaik.tak kira la dari segi mana pun terutama MaRuAh..Malas nak sentuh hal ni tapi ai terlalu emotional skarang.Pada pendapat ai tak payah la kita nak cecite 'KEBURUKAN' kat orang laen atau kat mana2 saja (laman sosial) pasai makayah, adikbradik,suami, isteri or seangkatan dengannya

Jelek sangat eh duk crite@tayang@papar@DLL kat orang laen yang xda kena mengena ..Damnnn

Bukan pa baek buruk keluarga kita still namanya keluarga gak kan..tak ke mana kesudahannya.Cukup kita ngan kuarga dah la.duk heboh merata ingat chomel sangat ke perangai tu..Kena ingat hidup di dunia ni hanya sementara..tak kan senang slama lamanya.Quick or late kita tetap akan diuji oleh ALLAH S.W.T.Ingatlah wahai kaum adam & hawa

ai really tired dengan hal semacam ni..Apa gunanya dianugerahkan otak tapi tak berfikir secara waras..

Panjang lagi ai nak tulis ni taaapiii terpaksa FULL STOP!!! nanti kan terbabas plakkk..

*sekadar renungan & muhasabah diri



Saturday, May 28, 2011

Cotian Friday

Ary ni bangkit awai coz nak p Nat Asun & Alor Star wif kak kinah...sepatotnya kui 8.30am kena da kt umah dia dah taaapiii ai terlewat ckit...biase la bersiap tacap menacap ni lama ckit..tu la kalu nak p memana kena bagi tau awai2..kalu tak jenuh menunggu la budak sorang niiii...=))..

sesudah breakfast kat nat asun & sambar menyambar sehelai dua tudung kami teruskan misi ke as.manyak keta ari ni coz cotian skolah dah mula..first misi umah mak k.kinah dulu..coz nak kena p makan nuri dulu.lepas tu kami pun bersiap ke billion.jejalan sambil sambar menyambar sehelai dua gakkk...around kui 2pm terus p proton edar..


Last misi ke Alor Star Mall...haaaaa ni my favorite places laaa..setiap kali berkunjung ke as.tempat ni memang xnah miss la...berjam jam la kalu sampai kat cini.mujur tak tido citu..kalu leh ai nak jerr...dalam keadaan tak bekenan sempat sambaq sbiji lagi h_ _ _b_ _ ...habuan nafsuuu

duk tengok menengok dalam situasi dahaga tetiba terpandang perkataan "COOLBLOG"..terus tergerak aty nak coba beli & rasa..SSSooDApppp!!!!terus terang ai bagi tau tak nah minum sebelum ni..nah jumpa tapi nengok je.tak trasa nak mencoba rasa...pherakkkk takkkkk (versi kedah)...muahahahahaaa..xpa ai xkisah la pherak ke..pa2 kerrrrr...asalkan ai hepi mepy udah laaaa...ai beli 'Oreo Blog chocolate'




LOGO COOLBLOG

OREO BLOG CHOCOLATE

ALOR STAR MALL
MENU COOLBLOG

MENU COOLBLOG

finish semuanya dicini terus balik umah.penat giless babas laaa..bik nah kan trasa sakit otok2 kaki..cam satu senaman gak nie...yer la kan nak kata pa lagi dah suka soping.trima hakikat jer laaa...pa pun hepi leh therapy my brain...Wasssssappppp bebbbb


Thursday, May 26, 2011

Selamat Pengantin Baru

Musim cotian skolah dh tiba..jadiiiiiiiiiiii paham2 je la musim ni la ramai kengkawan bertunang or berkahwin..undangan pun banyak ni.taktau nak p mana satu..p semua kan takot tak sempat lakkk.. taaapiiii ai tak buat undangan yekkk..just ai diundang ke majlis sahja....taaaapiiiii ai still cool jewww..ngeheheheheee..
lam duk kelam klibut tadi kat opis tetiba mulut ni mengeluarkan satu bunyian yang buat ai susah ati gak la taaapiiii nak wat cam ner kan.ku trima seadanya..nyanyian ni la y kuar dari mulut seceput ai niee...hukhukhuk =((..............>>> lalalalalalalalalalalalalalala :@$%^&*!~(

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berpanjangan
Semoga berkekalan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah kukuh
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu
oooo....

Wednesday, May 25, 2011

Tips Hilangkan Perasaan Marah

PERNAHKAH anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.

Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.


Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:
1.Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.

2.Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.

3.Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.

4.Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1.Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2.Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).

3.Minum air.

4.Mendiamkan diri ketika marah.

5.Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6.Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7.Berfikiran positif.

8.Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9.Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10.Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Source: Utusan Online

Monday, May 23, 2011

Laksam

Cer cite Cer cite...haaa ni nak cite..kemarin bik coti jadi sesi petang around 2pm tetiba rasa nk buat laksam versi klantan..versi laen tak pandy.dah asal klantan kan jadi kena buat versi tu la...walaupun skarang duk menumpang negeri orang..bak kata pepatah hujan emas dinegeri orang hujan batu dinegeri sendiri lebih baik dinegeri sendiri daripada negeri orang..pepatah yang sangat popular bagi orang Melayu kita kan...

Laksam+Kuah+Ulam+Sambal

Friday, May 20, 2011

Buah Strawberry


Tetiba rasa keinginan yang teramat nak memetik buah stroberi..bukan nak makan sangat pun tapi nak petik dengan tangan sendiri kat pokoknya...nampak gayanya kena terbang ke cameron highlands ni.taaaapii bile???? insyaallah da rezki sampai plak.dedulu p tak lak teringin nk petik sendiri kat Strawberry Farms tu...fuhhh leh makan stroberi sundae memang sodap giless. xleh nak cite kesedapannya..nak tau cecuba la rasaaa

Strawberry Sundae
KHASIAT STRAWBERRY :

Strawberi bukan sahaja cantik buahnya, tapi banyak juga khasiat. Aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan.Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Ada sekitar 700 jenis strawberi.

Warna merah pada strawberi masak ada khasiatnya. Warna merah itu kerana ia kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan ia lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.
Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.Strawberi yang dimakan teratur dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Khasiat yang terkenal lainnya adalah anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringent.Tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.







Petua penyimpanan :

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.
Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.
Atur buah secara satu-satu terpisah, lalu bekukan. Setelah beku, siram dengan air dan masukkan ke dalam plastik, dan dibekukan kembali.

Thursday, May 19, 2011

Celebrate at Hotel EDC UUM

Petang tadi lepas balik kerja ai p celebrate sebeday di Hotel EDC Uum wif my pren cik ton, Cik Linda, Cik As, Cik Jat, Deq Qien n cik housemate Nan..hepi mepi cecangat ngan diaorang ni..macam2 kerenah  ada..mujur xbawak anak.kalu tak sampai ke dapur la diaorang tu mengejar anak sambil memasak bersama chef.. muahahahahah...jangan mare..

Tenkiu for Chef n staf EDC yang berkaitan coz bagi kami makanan tambahan...wahhh semua tu rezki kami petang ni.tak sangka lak dieorang bermurah ati..mayb 19/5 ni tarikh bertuah kot...heheheee...tu pun seorang chef tu tanya nak nasi goreng tak???or nak tambah pa2 x????tp kerna kekenyangan kami terpaksa menolak. nanti kan membazir tak baek lak..kan...kan...

pa pun ari ni ai cangat hepy hepy sesungguhnya seikhlas ati ku..okkei tak da pa dah nak cite..nengok la picture y sempat kami snap =========



Hepi Sebeday To Me

Wahhhhh tajuk entry tu...ari ni dh genap ai 26 tahun...emmmm still berstatus belum berkahwin.bile la agaknya nak sampai seruuuu or seruan...my dad kata leh dah nak kawin..dia xhalang pa pun.tp dia xtau anak die ni menyimpan sribu persoalan..banyak tu.nak slesai mengambil masa y agak lama...hahahahahaa

Apa pun ai nak ucapkan TQ for all family, member and Mr Pooh yang wish my besday..tanpa kamo semua tak ceria hidup ini..MMMuahhhhh..

Tahun ni Mr Pooh buat ai tercuak seketika..pa pun ai akan ingat sampai bebila..Hampir 6 taun,ni la kali pertama ai rasa lain pada tahun tahun dulu..pa pun kejutan n adiah tu cuuukup berharga...hohohohoooo..

Tapi da y xsronok ni...mata ni buat hal lak..semua gara-gara contact lens..tido xbuang malam tadi..bagkit tadi pa lagi jadi merah la mata sbelah kanan ni..glasses xmo pakai..da buat arkib je.ni la akibatnya bile kedegilan. mujur drive pagi tadi okkey..slamat gak smpai opis..

HEPI BESDAY TO ME!!!!!  HEPI BESDAY TO ME!!!!












Tuesday, May 17, 2011

Wesak Day

sempena wesak day ni xda p mana pun.just duk umah ngan cik housemate..bangkit lewat ayaq xda jadi kami mandi lewat la...hehehe...xsenonoh tui anak dara mandi lewat..ayat xleh blah nie..kuaq beli untuk isian perut kami yang kelaparan dan singgah cmart sat...sempat lagi tue..eemmmm...balik umah layaz tv sampai cemuih...


Sesi petang trasa kerajinan yang terlebih ckit jadi ai pun pa lagi menyuarakan hasrat nak wat kuih cara + ayaq teh O'...xtau la sedap or x tapi bagi ai menjadi la..rasa semua cukup dan bentuknya pun menjadi..pa lagi suke la bile tengok hasil buatan sendiri menjadi...hehehe...cik housemate pun tulun gakkk...ni hasilnya...ta daaaaaa


Resepi Kuih Cara Manis
Bahan bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 cawan air daun pandan
secubit garam
sebiji telur
Sedikit pewarna ijau

Cara Membuat :
Semua bahan diatas diblander.panaskan acuan.sapukan sedikit minyak.bile sudah panas masukkan adunan tadi.masukkan gula dan tutup dengan tudung periuk.agak2 dalam 4 minit leh la diangkat dan makan

Sesi malam lak cik housemate menyuarakan kelaparan.jadi die goreng kopok losong,big french fries dan swiss scallops...huhhhh..pa lagi kami makan smpai kekenyangan laaaa...makan makan...


Rasa ari ni coti untuk makan jer...xpa skali skala kan kan...ZZZZZZzzzzzzzzzzz






Dan Bila Esok - SOFAZ

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Thursday, May 12, 2011

Thanks

Entry ni just 4 u DQ(mamaqhayra)..shuke terlompat lompat la tue...muahahahahaa..pa pun tenkiu cecangat coz tulun tacap blog ni sampai jd comei tomei sebegini ghupe..nt ai banja u makan yer...banyak pengorbanan u kt blog ai ni...waaaaaaa...terharu lak..sanggup luangkan masa mentacapnya.ntah ntah makan pun xsempat pa..hahaha..


skali lagi thanks cayunk...


 

Apa KaHell

Haissshh...hangen lagi hangen..mmg xtahan la..dah lama dah ni duk rasa..not him but herrrr...nak habaq ni kalu xda budi bahasa mmg teruk la..kawan2 tau tak pa tu budi bahasa..budi bahasa ni dr segi hormat(sesama manusia or org lebih tua pd kita),sedekah senyuman(xpayah senyum sinis or buat2 'hodoh'),tulun menolong,percakapan dll..


orang tak pandang pangkat,harta,kecantikan...mcam2 lagik la..setakat ang tu jawatan tuttttt....muka pun xcantek...pa nak heiran sangat..ai n semua orang skeliling xheiran pun.jangan duk prasan la duk rasa diri tu lawa..sedar la sama...xkan nk kena p habaq baru nak tau...huhuhuhuhu..


cian la manusia cam ni..habuan la jd cam tu..kan..kan..renung renungkan laa yerr.semoga cepat sedarrr

Wednesday, May 11, 2011

KeJutaN

Pepagi dh dapat kejutan..huhhhh...mujur xpengsan.kalu x pagi ni dah masuk wad 10.walaupun buat muka slumber jer depan someone tue tp lam ati rasa epy cecangat...control la katakan..pada hal mau lompat si katak lompat..lompat la tinggi2.eh pa lak duk nyanyi xketahuan ni..myb lama xp karok ngan geng2 sekepala tu...

sembang spuluh dua puluh patah ai terus mintak izin nk p opis laa..yer la nanty kan lewat lakkk..mula la nk tekan minyak bg lajuuu..BAHAYA..terus p opis sambil layaz lagu kat radio...Lalalalalalalalalalaaaa..

Sunday, May 08, 2011

AIRMATA IBU ♥♥

Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu
Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


*Selamat Hari Ibu diucapkan pada my mom Zaini Rasdi dan juga semua Ibu di Malaysia...cayunk kamo!!!

PiLiHan KaLBu HaTi Ku

Dazzling Red or Ivory White
Fenin memikirkan pilihan terbaek agar tidak menyesal kelak.
tido malam pun xlena selena lenanya..
kepala pun sakit berdenyut denyut...adoyaiiiii...dua2 nampak shantek..bik dua2 kan baru tau...dato mana ntah nak tulun tanggung..jangan datuk y bercucu dah la...muahahhahaa..
bapak ai cakap bik y pink...
my mum ai pon same gak..adek2 ai pun same gak...
tp ai still kebuntuan mencari jawapan yang pasti...
ayat xleh blah tue....
sementara time duk da nie ai akan membuat keputusan terbaek....
PASTI BOLEH!!!!!!
CuAKKKKK........^_^



Dazzling Red (LE)
 

Ivory White

Friday, May 06, 2011

Wall Decoration Sticker

Fuhyoo!!!!!siap udah ai tampal stiker kt dinding bilik..bukan maen berjengkel mata slama 3 ari 3 mlm..
time mlm je leh wat pun..siang keje beb..
bukan pa bilik xceria slama ni..duk pikiq tambah pikiq jadi ai bt keputusan untuk tampal stiker ni bg nampak lagi menarik tetarik memamg debomm kebabomm..hehe..
pa pun layan pic ni...babaiii



STEP 1

STEP 2

STEP 3

Thursday, May 05, 2011

~ 5 Tips Kurus ~

1 Senaman ~ paling berkesan melakukan senaman selama 20 minit, sebanyak 3 kali seminggu. Bagi yang sedang berdiet, sebaiknya lakukan secara seimbang dan mengikut kemampuan diri. Mulakan dengan perlahan-lahan ini tidak akan membebankan badan
2 Makan Makanan Sihat ~ Seimbangkan anda, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan ringan pastinya kurus anda akan menjadi sempurna. Ada juga tips – untuk kurus menyatakan supaya menyimpan buah epal hijau di dalam peti sejuk dan gantikannya menjadi snek apabila anda berkeinginan untuk mengunyah. Gantikan juga air berkabonat dengan jus seperti epal hijau, carot, oren, limau dan sebagainya mengikut kegemaran anda. Yogurt juga baik untuk mereka yang sedang berdiet

3 Kurangkan Makan ~ Kawal anda, makan hanya pada waktu yang betul dan kuantiti yang berpatutan. Salah satu kurus lagi adalah dengan mengurangkan separuh dari kadar pemakanan anda sebelum ini, contohnya sebelum ini anda makan 2 senduk nasik, ketika dalam proses cuba kurangkan kepada 1 senduk sahaja. untuk mengurangkan makan juga boleh dilakukan dengan menambahkan serat yang banyak di dalam anda, makanlah sehingga 5 kali hidangan berupa buah-buah dan sayuran. buah-buahan ini boleh juga di ambil diantara waktu makan jadi perut anda tidak kosong dan lapar lagi… pastinya program kurus anda akan berjalan dengan lancar.

4 Eskpresi Diri ~ Lakukan apa yang anda ingin lakukan. Katakan apa yang anda ingin katakan serta lakukan segala yang betul untuk diri sendiri. Sibukkanlah diri dengan aktiviti kegemaran, jangan membiarkan masa anda terbuang begitu sahaja. Ini dapat mengelakkan dari anda berfikir untuk makan apabila bosan sebaliknya anda pastinya akan sentiasa gembira dan ceria… Begitulah ekspresi diri juga turut menyumbang dalam mengrealisasikan program kurus anda.

5 Kawal emosi ~ Satu lagi yang tidak harus dilupakan dalam program kurus anda, bijaklah mengawal emosi dan pemikiran anda, dengan ini anda akan bersedia menerima sebarang kebarangkalian dalam hidup. Tingkatkanlah keyakinan diri dan hargai diri sendiri pastinya melakukan yang terbaik kepada diri sendiri. Sebenarnya tabiat pemakanan juga ada kaitannya dengan emosi diri jadi untuk merealisasikan kurus anda, pastikan pengawalan emosi yang terbaik. kurus anda juga akan lebih akan lebih berkesan dengan mengamalkan gaya hidup sihat……



MaNuSia

Manusia ni macam2 da.giles ke pa..sakitkan ati aku!!!!pelik kan manusia cam ni.duk lam utan lagik baguih pd duk kt tempat orang ramai ni.xsesuai langsung.ikutkan ati nk p jerkah jew bg pekak telinga die taaaapi sabor bak kata mummy ai..hello ai xkalut la.xkenai ngan u pun xpa la..bkn kait benang seurat pun..gaji ai pun jalan sejalan jalannya..
satu hal lagik y sesuke tiru meniru ni.pa kehal.sesaja noh nk bg aku saket ati.manusia...manusia...xsenang ati nengok aku senang ckit noh.aku xkacau tepi kaen ang laa..hate hate..hate...
baek p mam______ jer.
nah bik kau...
damn u!!!!!